Raikan Aidilfitri ini dengan Wafer Syiling Raya Edisi Terhad Emas Raya 999.9 Koleksi Rumah Kampung

Pada tahun ini Raya pastinya lebih meriah kerana kita sudah boleh pulang ke kampung halaman. HABIB telah melancarkan Wafer Syiling Raya Edisi Terhad Emas 999.9 yang diinspirasikan dari rekaan rumah tradisional Malaysia. Ia didatangkan dalam 5 rekaan unik yang bukan hanya mengingatkan kita pada kampung halaman tetapi boleh memperkenalkan asal usul rumah tradisional di Malaysia terutamanya kepada golongan muda.

Wafer syiling emas 999.9 ini dipakej sempurna dengan bungkusan yang diilhamkan dengan motif songket yang amat sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun pengganti duit raya. Ia juga salah satu pelaburan awal terbaik buat generasi muda dalam memupuk budaya simpan emas. Dapatkan secara individu berharga RM118 mahupun dalam satu set dengan pembungkusan cantik berharga RM590 dengan lima rekaan rumah tradisional Malaysia.

RUMAH PERABUNG LIMA

Rumah Perabung Lima merupakan bentuk binaan awal yang banyak terdapat di Kelantan. Perkataan “Lima” berasal dari reka bentuk bumbungnya yang menyerupai piramid lima sisi. Binaan Rumah Melayu ini dipengaruhi seni bina Belanda, bersaiz besar tetapi memiliki bumbung yang lebih tinggi. Rumah Perabung Lima pernah menjadi rumah yang dianggap sempurna kepada keluarga diraja sebagai istana mereka.

RUMAH KUTAI PERAK

Seni bina warisan Rumah Kutai atau dikenali sebagai Rumah Tua ini hanya boleh didapati di negeri Perak Darul Rizuan. Perkataan “Kutai” atau juga disebut “Kotai” membawa maksud “tua” didalam dialek Perak. Reka bentuk mewah dan kehalusan ukiran yang terdapat pada binaannya digemari oleh kerapat diraja Perak dan ianya hanya mampu dimiliki oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Ketelitian ukiran yang terdapat pada pintu, bukaan tingkap, dinding dan penggunaan tanggamnya yang pelbagai menyerlahkan penampilan Rumah Kutai Perak

RUMAH MINANGKABAU

Rumah Minangkabau, yang juga dikenali sebagai Rumah Negeri Sembilan menjadi legenda kerana reka bentuk bumbung melengkung yang unik membezakan dirinya daripada “Rumah Bumbung Panjang’ Melayu yang lain. Orang Melayu Minangkabau merupakan keturunan Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu. Ini menjelaskan persamaan yang terdapat pada seni bina rumah Minangkabau dari Sumatera. Selaras dengan budaya mereka, ukiran elegan dan kompleks pada pintu, tingkap, dan abstrak dipenuhi dengan makna dalam setiap bentuk dan corak.

RUMAH TRADITIONAL MELAKA

Rumah Tradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu ikoniknya. Pada kebiasaannya bilangan anak tangganya adalah ganjil seperti 3,5,7 atau 9 dan di saluti dengan jubin berwarna-warni bermotifkan flora dan fauna. Selain tangga batu yang merupakan ciri-ciri utama terdapat juga ukiran kayu unik di bahagian serambi,  Melaka dikenali sebagai salah satu lokasi paling bersejarah di Malaysia dan dikelilingi oleh seni bina yang unik, termasuklah rumah tradisional Melaka. Disebabkan pertemuan sejarah budaya di negeri ini, Rumah Tradisional Melaka merangkumi pelbagai gaya seni bina dari budaya Bugis, Jambi, dan Minangkabau di Sumatera. Rumah yang bertangga batu besar dari jubin dengan pelbagai corak biasanya dimiliki oleh orang kaya yang berstatus.

RUMAH SERAMBI KEDAH 

Rumah Melayu tradisional seperti Rumah Serambi sering dipengaruhi oleh budaya dan persekitarannya dan kebanyakannya ditemui di Kedah. Rumah-rumah ini terkenal dengan dengan kehalusan ukiran bunga kerawang serta alam semula jadi pada ruangannya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu mengutamakan keindahan terperinci dan keunikan rumah dan tanah yang mereka pilih untuk persekitaran yang aman untuk didiami.

Lawati laman web rasmi di www.habibjewels.com atau hubungi cawangan bilik pameran HABIB berdekatan anada untuk mengetahui lebih lanjut.