Persamaan Cincin Merisik & Cincin Tanda?

 

Apa itu Merisik?

Merupakan adat dan amalan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat melayu. Merisik bakal calon merupakan langkah pertama di mana pihak lelaki akan menunaikan hasrat untuk berkahwin dengan memberi sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda merisik. Ia bertujuan untuk mengetahui bakal calon sama ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.

 

 

Proses risikan oleh masyarakat dahulu, biasanya akan dilakukan oleh kaum lelaki dengan diwakili ahli keluarganya yang akan berkunjung ke rumah calon perempuan. Namun masyarakat moden sekarang lebih terbuka dengan isu ini. Ada antara mereka yang merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihannya dengan menggunakan orang tengah seperti sahabat ataupun wakil yang dilantik oleh keluarga lelaki untuk menyatakan hajat mereka.   

 

Cincin Belah Rotan GR000060

Cincin Belah Rotan GR009

Cincin Belah Rotan R101409

 

Cincin Tanda

Cincin tanda merupakan cincin yang akan diberikan oleh pihak lelaki kepada si gadis sebagai tanda merisik. Kebiasaanya cincin belah rotan menjadi pilihan untuk cincin tanda.

 

Apa itu Cincin Belah Rotan ?

Cincin belah rotan biasanya menjadi pilihan ketika proses merisik untuk disarungkan pada jari manis si gadis sebagai tanda telah dirisik. Cincin belah rotan adalah cincin emas kuning 916/22K dengan rekaan ringkas, tiada permata dan hanyalah bulatan emas sahaja.    

 

Antara Koleksi HABIB 

Cincin Belah Rotan GR000061

Cincin Belah Rotan R599900220(B)

Cincin Belah Rotan R4532(S)

Cincin Belah Rotan GR000060

Cincin Belah Rotan GR009

Cincin Belah Rotan R101409

Klik untuk melihat lebih pilihan menarik ...