Pelaburan Sepanjang Zaman

Antara semua logam berharga, emas adalah yang paling disukai ramai dan terkenal sebagai pelaburan. Emas fizikal seperti jongkong emas dan emas perhiasan boleh dijadikan medium menyimpan lebihan aliran tunai dan emas juga sering kali digunakan sebagai pelindung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan mata wang. Ironinya, para pelabur biasanya membeli emas sebagai perlindung selamat daripada sebarang ketidaktentuan ekonomi yang menyebabkan pasaran atau pelaburan lain menjadi tidak menentu.

Emas sebagai Pelaburan

Rajah di atas menunjukkan carta sejarah harga emas pada 10 tahun yang lalu dari tahun 2013 - 2022 di mana harga emas sering meningkat naik. Emas dilihat sebagai penyelamat kewangan serta pelindung harta. Emas adalah pelaburan kalis inflasi dan buktinya sehingga hari ini, anda boleh mendapatkan seekor kambing dengan nilai 1 dinar, sama seperti 1,400 tahun yang lalu.

Jenis-jenis Emas

Terdapat pelbagai jenis mutu emas yang terdapat di pasaran yang anda boleh melabur dalam emas di mana ia berfungsi sebagai penyimpan nilai untuk jangka masa panjang. Klik link di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang manfaat emas. Untuk makluman anda, HABIB menawarkan pelbagai jenis mutu emas dalam beberapa bentuk yang boleh dibuat sebagai pelaburan. Antaranya, emas 999 (24K), emas 916 (22K), emas 750 (18K) dan emas 375 (9K). Kesemua emas ini mempunyai kelebihan dan ciri yang berbeza.

Emas 999 (24K)

Emas 999 (24K) amat sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana kandungan emas dan nilai yang tinggi. Emas 999 seperti Jongkong Emas boleh ditukarkan kepada wang apabila diperlukan terutama pada waktu kecemasan. Jongkong emas 999.9 HABIB diiktiraf oleh ‘London Bullion Market Association’ (LBMA) di peringkat antarabangsa. Beberapa berat Jongkong Emas 999.9 yang boleh didapati di HABIB ialah dari 1 gram sehingga 1 kilogram. Berikut adalah Jongkong Emas 999.9 yang ditawarkan oleh HABIB.

HABIB juga menawarkan Wafer Syiling Emas 999.9 dengan harga yang berpatutan. Ia didatangkan dengan bungkusan yang cantik dan keluarannya adalah edisi terhad berharga RM118 setiap satu seberat 0.2 gram. Koleksi ini juga salah satu pelaburan awal terbaik buat generasi muda dalam memupuk budaya simpan emas. Pasti akan mencuri perhatian si cilik apabila Wafer Syiling Emas yang ditawarkan terdapat pelbagai reka bentuk yang menarik seperti koleksi Disney x HABIB dan Upin Ipin x HABIB.

Terdapat juga koleksi Wafer Syiling Emas 999 edisi terhad HABIB untuk pengumpul Wafer Syiling Emas yang ingin membuat sebagai penyimpanan, hadiah buat orang tersayang mahupun sebagai alternatif pengganti duit raya. Antara koleksi kami adalah Rantaian Kasih 2022 dan 2021, serta rekaan rama-rama.

Emas 916 (22K)

Lazimnya, Emas 916 (22K) sesuai untuk membuat perhiasan diri. Berikut adalah koleksi barang kemas Oro Italia 916 dengan pelbagai reka bentuk, warna dan kemasan. Pemilik pasti berasa senang apabila barang kemas yang sering dipakai boleh digadaikan dan mendapat pulangan wang sewaktu diperlukan.

  

Di HABIB, koleksi sauh lama emas 916 juga sesuai dijadikan sebagai pelaburan kerana kandungan emasnya yang padu semestinya mempunyai nilai yang tinggi.

Emas 750 (18K)

Emas 750 (18K) boleh digandingkan bersama berlian dan batu permata. Pelaburan untuk emas 750 (18K) akan bergantung kepada nilai emas serta berlian yang ada pada barang kemas tersebut. Ia juga sesuai dijadikan pelaburan kerana kandungan emasnya yang lebih bernilai berbanding emas 375.

  

Emas 375 (9K)

Emas 375 (9K) sesuai untuk diikat dengan berlian dan batu permata kerana mempunyai campuran kandungan lain yang membuatkan ia sangat kuat untuk menampung batu permata.  Ia juga sesuai dijadikan pelaburan kerana masih mempunyai kandungan emas yang bernilai.

  

Ingin membuat pelaburan emas? HABIB menawarkan pelbagai pilihan emas yang boleh dibuat sebagai pelaburan. Lawati laman web rasmi www.habibjewels.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis emas yang ditawarkan. Hubungi bilik pameran HABIB untuk mendapatkan bimbingan daripada perunding barang kemas kami.