Ketahui Jenis Cincin dalam Perkahwinan Adat Melayu

Adat Melayu penuh dengan kehalusan dan ketertiban. Sebelum sah bergelar suami isteri dan naik ke jinjang pelamin, terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui oleh seseorang teruna yang ingin menyunting bunga idaman iaitu merisik, bertunang dan barulah berkahwin. Ketiga-tiga majlis ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengangkat martabat seorang wanita dan menghormati maruahnya melalui perbincangan antara kedua-dua belah pihak pengantin.

Tahukah anda bahawa setiap majlis mempunyai cincin yang berbeza? Ketahui jenis-jenis cincin mengikut perkahwinan adat Melayu dan maksud simbolik di setiap cincin tersebut.

1. Cincin Tanda

Merisik merupakan langkah pertama di mana pihak lelaki akan menunaikan hasrat untuk berkahwin dengan gadis pujaan hati. Rombongan akan dihantar daripada pihak lelaki diwakili ibu bapa atau saudara terdekat untuk merisik status si gadis, sama ada sudah berpunya atau sebaliknya.

Cincin tanda akan dibawa bersama rombongan merisik sebagai simbolik ‘bertanya’ kepada pihak perempuan. Cincin Belah Rotan daripada emas 916 selalunya dijadikan cincin tanda atau cincin merisik dek kerana reka bentuknya yang ringkas dan nilai emasnya yang tinggi.

Sekiranya lamaran diterima, pertanyaan daripada pihak lelaki akan terjawab dan bakal ibu mertua akan menyarungkan cincin ke jari si gadis sebagai ‘tanda’ bahawa dia bakal menjadi menantunya.

  

Istimewa Cincin Belah Rotan daripada koleksi Oro Italia 916® dengan ketelitian mutu kerja sempurna memberikan keselesaan ‘comfort fit’ kepada si pemakai.

  

Lihat lebih banyak pilihan Cincin Belah Rotan Oro Italia 916 eksklusif daripada HABIB di sini

2. Cincin Tunang

Proses pertunangan akan berlangsung selepas adat merisik. Kebiasaannya, si gadis akan menerima hantaran yang selalunya berisikan barangan seperti sebentuk cincin tunang, tepak sirih dan manisan. Cincin tunang diberikan oleh pihak lelaki sebagai harapan dan pengikatan janji untuk bersama ke jinjang pelamin.

Cincin emas 916 yang lebih lebar dengan rekaan menarik atau bercorak selalu menjadi pilihan utama untuk cincin tunang. Namun begitu, seiring masa beredar, cincin emas 18k bertatahkan berlian sejajar (eternity ring) atau cincin berlian rekaan ringkas juga semakin digemari sebagai cincin tunang pada masa kini.

  

Ketahui lebih lanjut tentang pemilihan cincin pertunangan di sini.

3. Cincin Kahwin

Seusai lafaz ijab dan kabul, cincin kahwin akan disarungkan di jari mempelai sebagai tanda sah ikatan suami dan isteri. Selain bukti penyatuan dua hati, cincin kahwin juga dianggap sebagai sebuah perjanjian untuk menjalani kehidupan bersama. Pemilihan cincin nikah kebiasaannya lebih glamor dan mewah berbanding cincin merisik dan cincin tunang. Cincin nikah selalunya diperbuat daripada emas dengan letakan berlian atau ‘solitaire ring’.

Hearts On Fire ® terkenal dengan potongan berlian paling sempurna di dunia menjadi pilihan pasangan pengantin kini.

Usah risau, anda juga boleh tempah cincin perkahwinan mengikut citarasa dan bajet anda di HABIB

Terdapat pelbagai butir berlian bersijil antrabangsa yang boleh di pilih di HABIB, salah satunya adalah dari GIA (Gemological Institute of America). Seterusnya, anda boleh padankan dengan reka bentuk cincin mengikut citarasa anda.

Klik untuk pembelian secara online.