Harian Metro: Tak bersifat spekulatif

PENULARAN pandemik Covid-19 jelas memberi impak serius kepada ekonomi global dan hampir semua negara termasuk Malaysia turut mengalami kesannya.

Pelbagai sektor industri terjejas dan ramai terpaksa diberhentikan kerja ekoran penularan wabak berkenaan.

Selain itu, pasaran stok dan pelaburan juga terjejas dan berikutan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas ke rekod paras terendah iaitu 1.75 peratus selain menurunkan kadar faedah simpanan tetap.

Namun, di saat ketidakpastian keadaan ekonomi ketika ini, terdapat jalan penyelesaian yang mampu membantu kestabilan kewangan dan menjaminkan pulangan masa hadapan iaitu emas.

Emas dan wanita pula tidak dapat dipisah. Ia bukan sahaja menjadi satu daripada barangan perhiasan terbaik sepanjang zaman, malah boleh dijadikan pelaburan.

Pengurus Besar Habib Jewels, Mohd Zaruddin Mahmud mengakui emas adalah pelaburan yang boleh ditukarkan kepada wang ringgit di saat pemiliknya kesempitan dan memerlukan.

Katanya, harga emas ketika ini adalah yang paling tinggi sejak 2011."Pada 2011, harga emas (paling tinggi) adalah USD1, 884 seauns iaitu bersamaan RM194 segram dan ia turut dibantu dengan mata wang ringgit yang kukuh ketika itu (RM3.2) berbanding USD1.

"Tetapi kini, mata wang tidak menentu iaitu kadar RM4.26 untuk USD1 menjadikan harga emas adalah USD1, 810 seauns atau RM248 segram.

"Sekarang adalah waktu terbaik membeli mahu pun menjual emas," katanya.Dalam pada itu, Mohd Zaruddin berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelas mempunyai hikmah tersendiri kerana semakin ramai menyedari kelebihan memiliki emas.

[Read full article here: https://www.hmetro.com.my/WM/2020/07/601089/tak-bersifat-spekulatif]