Emas: Perhiasan atau Pelaburan?

Pembelian emas sudah menjadi satu fenomena penyimpanan aset fizikal yang diamalkan oleh ramai orang, tidak kira usia atau jantina. Pembelian emas sering dibuat dalam bentuk emas fizikal seperti jongkong emas dan barang kemas. Apakah matlamat atau tujuan anda dalam pembelian emas? Sebelum itu, mari ketahui beberapa kelebihan dalam penyimpanan emas.

Kelebihan Emas

1. Emas bersifat universal

 Ia boleh dijual di mana-mana kedai emas dan diterima di seluruh dunia, berbeza dengan mata wang yang berlainan di setiap negara. 

2. Aset simpanan yang stabil dan mampu milik

Ia menjadi aset yang mudah dibeli dan dicairkan. Seperti sejarah emas dunia sekitar 10 tahun dahulu, harga emas kian meningkat saban tahun dan menjadi penyimpan nilai baik serta pulangan lumayan dalam jangka masa panjang. 

3. Warisan turun temurun

Emas, tidak kira jongkong emas atau perhiasan, ia boleh diberi kepada waris turun temurun tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah atau campur tangan pihak ketiga.

4. Perhiasan diri

Barang kemas yang diperbuat dari emas seperti rantai leher, rantai tangangelang tangan, cincin, rantai kaki dipakai oleh wanita sebagai perhiasan diri. Kini, barang kemas emas didatangi dengan pelbagai variasi yang cantik dan menarik seperti menggunakan teknik potongan berlian, cataphoresis, dan lain-lain. Wanita dapat memakai sebagai pelengkap gaya penampilan pada masa yang sama dapat menukar beli dan melabur dalam emas.

5. Mudah ditukar

Emas mempunyai kecairan aset yang sangat tinggi iaitu mudah ditukarkan kepada tunai berbanding dengan aset yang lain seperti rumah dan tanah yang mengambil masa yang lama untuk dijual. 

Di sini kita dapat lihat, fungsi dan manfaat emas bukan sahaja pada sebagai perhiasan malah ianya lebih daripada itu. Emas merupakan pelaburan selamat yang dapat ditukar kepada mata wang apabila diperlukan, baik untuk waktu kecemasan, modal pusingan perniagaan atau juga boleh jual beli emas dengan menukar emas lama dengan rekaan yang baharu. Persoalannya, apa pilihan anda antara emas perhiasan dan pelaburan serta apakah berbezaannya?

Emas Pelaburan

Dalam emas pelaburan, ketulenan emas menjadi salah satu faktor pembelian emas. Maka, jongkong emas dan syiling emas menjadi utama kerana ketulenan yang paling tinggi iaitu, mutu emas 999.9 atau 24K. Ia juga menjadi penarik utama, sesuai untuk setiap individu, tidak kira jantina atau usia. HABIB mempunyai pelbagai pilihan jongkong emas dan syiling emas mengikut berat dan citarasa orang ramai. Pelanggan HABIB juga tidak perlu risau kerana jongkong emas HABIB diiktiraf oleh ‘London Bullion Market Association’ (LBMA) yang diiktiraf oleh seluruh dunia. Syiling emas juga sesuai untuk individu seperti golongan muda yang ingin berjinak dalam dunia pelaburan emas. Di HABIB, setiap syiling emas dikeluarkan dengan edisi terhad seperti Koleksi Rumah Kampung Edisi Raya yang baru sahaja keluar pada tahun ini. Ibu bapa juga boleh membeli syiling emas untuk memupuk minat anak sebagai pelaburan awal dalam menyimpan emas.

Emas Perhiasan

  

Emas Perhiasan lebih dikenali sebagai barang kemas buat kaum wanita. Ketulenan barang kemas emas sering didapati dalam emas 916 atau 22K kebawah. Semua wanita juga dapat melabur dalam emas sambil menggayakan barang kemas. Maka, emas perhiasan sesuai dijadikan sebagai instrumen pelaburan buat kaum wanita. Buat umat Islam, emas perhiasan hanya boleh dipakai oleh golongan wanita sahaja. Golongan lelaki disarankan memakai barang kemas diperbuat daripada titanium, palladium dan platinum. Emas perhiasan juga boleh dijadikan sebagai harta warisan pusaka dan juga memberi nilai sentimen dan memori buat anak cucu dan seterusnya.  Terdapat banyak pilihan barang kemas emas yang dapat memenuhi citarasa setiap wanita, rekaan klasik evergreen seperti sauh gajah dan sauh lama, mahupun rekaan moden seperti koleksi Oro Italia 916. HABIB juga mempunyai koleksi kanak-kanak untuk memupuk minat emas bagi anak cilik. 

Jadi, yang mana anda inginkan, emas pelaburan atau perhiasan? Apapun pilihan anda, kedua-duanya memberi manfaat dan pulangan kerana emas merupakan penyimpan nilai terbaik dalam jangka masa panjang.