Setiap bakal pengantin semestinya mempunyai cincin idaman. Cincin dengan batu permata besar dijari, ada yang inginkan emas putih yang tampak lebih moden atau klasik dengan pilihan emas sahaja. Masing-masing mempunyai gaya dan citarasa tersendiri supaya kelihatan cantik saat disarung pada jari manis oleh bakal ibu mertua.
Di HABIB, terdapat banyak pilihan yang direka bentuk untuk raja dan ratu sehari berhias. Namun begitu, adalah disarankan untuk memilih reka bentuk abadi atau dipanggil ‘timeless design’ kerana kebiasaannya cincin perkahwinan dipakai dalam jangka masa yang panjang.
APA ITU PERTUNANGAN?
Proses pertunangan akan berlangsung selepas adat merisik. Bertunang adalah tanda mengikat janji antara lelaki dan perempuan sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri. Ianya satu proses ikatan sebelum dinikahkan. Kebiasaan tempoh bertunang mengambil masa tiga bulan keatas. Pada majlis bertunang si gadis akan menerima hataran seperti sebentuk cincin tunang, tepak sireh dan manisan.
BERLIAN
Selalunya emas putih 18K bertatah berlian dengan rekaan ringkas bermotifkan bunga menjadi pilihan sebagai cincin tunang. Sekiranya anda mahu yang lebih moden dan elegan, anda boleh memilih cincin ‘Solitare’ ataupun cincin ‘Eternity’.
INFO EMAS PUTIH 18K
- Kekerasan (Tahap ketahanan dan tidak mudah calar)
- Kekuatan (Tahap ketahanan terhadap pecah, keratan, keretakan)
- Kestabilan (kepada panas, cahaya, bahan kimia) - Sangat stabil dalam pelbagai keadaan.
BATU PERMATA BERWARNA
Jika anda seorang yang unik dan sentiasa mahu tampil berbeza atau mencari kelainan untuk cincin pertunangan, kami sarankan anda memilih cincin yang bertatahkan batu permata antaranya nilam, ruby, zamrud dan pelbagai lagi pilihan batu permata dengan rekaan yang tentunya memikah hati anda.
EMAS PILIHAN HATI
Bila sebut tentang emas mesti anda terpikir akan emas 916. Ada setengah pasangan lebih menyukai cincin emas kerana lebih klasik dan nostalgia. Cincin emas hadir dengan tiga warna iaitu emas kuning, emas putih dan emas ros.
Bagi anda yang sukakan gaya lebih elegan dan eksklusif boleh memilih emas putih manakala bagi yang gemarkan gaya sederhana serta klasik tetapi masih menyerlah boleh memilih emas kuning. Tidak dilupakan emas ros atau merah jambu kerana ia semakin menambat hati para wanita masa kini.
Selain itu, bakal pengantin juga perlu mengenal pasti sekiranya mereka mengalami alahan daripada sesetengah bahan buatan cincin seperti emas kuning, nikel dan sebagainya. Perkara ini dapat membantu dalam memilih cincin perkahwinan yang sesuai. Palladium salah satu jenis yang kami cadangkan untuk bakal pengantin yang mengalami alahan.
CINCIN TUNANG LELAKI
Rekaan dan bentuk cincin bagi bakal pengantin lelaki adalah lebih ringkas dan sederhana. Bagi lelaki muslim sebagai alternatif anda boleh memilih cincin perak, platinum atau palladium. HABIB turut menyediakan koleksi cincin palladium yang bertatahkan berlian yang cantik dan menarik untuk pilihan bakal pengantin lelaki.
Antara Koleksi HABIB
Klik untuk melihat lebih pilihan menarik...