budiey.com: Tips Pemakaian Barangan Emas dari Rozita Che Wan

https://www.budiey.com/tips-pemakaian-barangan-emas-dari-rozita-che-wan/amp/

 

Semestinya setiap kaum Hawa ingin menonjol bila tiba masanya hari atau majlis khas. Antara koleksi barang kemas yang menjadi pilihan kaum Hawa ialah koleksi Oro Italia 916 dari Habib yang menggunakan teknologi terkini dari Itali. Koleksi yang digemari ramai ini menjadi buah mulut orang ramai sewaktu mereka melihat artis kegemaran tanah air mereka, Rozita Che Wan yang merupakan duta Rantaian Kasih 2020 memperagakan rantai, gelang dan cincin Oro Italia 916 dengan penuh gah dan anggun. Koleksi ini amat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis busana yang dapat memberi aura klasik mahupun moden bergantung kepada si pemakainya.

 

 

Koleksi Oro Italia 916 telah lama menjadi pilihan saya kerana rekaannya yang moden tapi masih mempunyai sentuhan klasik dan paling penting ianya ekslusif kerana hanya dijual di Habib. Antara keunikan lain koleksi ini ialah ianya tidak akan merosakkan baju kerana pembuatannya yang halus dan kemas tidak akan melekat dibaju dan seterusnya membuatkan baju tertarik,”

– Rozita Che Wan

 

Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza. Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.

Rekaan koleksi ini juga menggunakan potongan berlian yang memberikan ilusi seperti kilauan berlian walaupun hanyalah menggunakan emas sepenuhnya. Selain itu, rekaan Cleopatra, beads planet dan bon bon menjadi tumpuan ramai apabila bercerita tentang Oro Italia.

 

 

Antara Tip-Tip Pemakaian Emas Yang Dicadangkan Oleh Rozita Che Wan:

Tidak sukar untuk berhias seperti Rozita Che Wan terutamanya untuk kegunaan majlis-majlis khas dan istimewa. Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Oleh itu, para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian hotline kami di 019-2222916.

Mengenai HABIB

HABIB adalah jenama barangan kemas yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan sejarah lebi 60 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan barang kemas. Dibangunkan pada tahun 1958 oleh Allahyarham Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif, syarikat pemilikan keluarga ini mula beroperasi di bulik pameran yang pertama di jalan yang terkenal dengan deretan kedai emas di Pulau Pinang iaitu Pitt Street. 

Di bawah kendalian Dato’ Sri Meer Habib, kumpulan HABIB juga telah melebarkan sayapnya ke beberapa jenama. Jenama-jenama yang bergabung di bawah payung HABIB termasuklah jenama perhiasan Hearts On Fire® – World’s Most Perfectly Cut Diamond®; Pandora, pembuat berangan kemas dari Denmark; jenama jam tangan mewah yang berpatutan, jenama Ice-Watch dari Belgium; Jenama barang kemas Perancis Les Georgettes oleh Altesse; dan jenama barangan kemas Britain yang berpusat di London, Stephen Webster.