Bersempena bulan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, HABIB telah melancarkan tiga keping Wafer Syiling Emas 999.9 edisi terhad yang menampilkan tiga buah bangunan ikonik di Kuala Lumpur. Ianya terdiri daripada Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Berkembar KLCC dan Parlimen Malaysia bagi memperingati bangunan bersejarah yang menaikkan nama Malaysia.
Wafer Syiling Emas 999.9 ini direka seperti buku yang unik dan amat sesuai bagi pengumpul Wafer Syiling Emas 999.9 sebagai simpanan koleksi edisi terhad. Ia juga sempurna dijadikan sebagai hadiah dan pelaburan awal untuk memupuk budaya menyimpan emas kerana ianya bernilai dan pasti menjadi sesuatu yang amat bermakna. Di samping itu, ia juga dapat mengingati sejarah dan peristiwa bagi setiap bangunan istimewa tersebut. Setiap satu Wafer Syiling Emas 999.9 ini berharga RM118.
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada 6 Oktober 1894 yang terletak di hadapan Dataran Merdeka. Bangunan ini berkonsepkan ‘saracenic’, satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islamik. Di sinilah terletaknya menara jam yang menjadi saksi pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Nama diberikan sempena Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 – 1898 iaitu Sultan Abdul Samad Ibni al-Marhum Tengku Abdullah. Bangunan ini antara bangunan yang terlama di Kuala Lumpur dan mempunyai sejarah dan peristiwa yang amat istimewa buat Malaysia.
MENARA BERKEMBAR KLCC
Siapa yang tidak kenali Menara Kembar KLCC yang juga merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, dibuka secara rasmi pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 tahun 1999. Bangunan berketinggian 452-meter dengan 88 tingkat ini diinspirasikan daripada bentuk geometri yang ditemui dalam seni bina Islam. Menara Kembar KLCC ini masih lagi diiktiraf sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia hasil rekaan arkitek terkemuka, Cesar Pelli. Lokasi bangunan ini merupakan yang paling strategik kerana berdekatan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek. Lebih istimewa di mana pengunjung dari luar negara akan menjadikan bangunan ini sebagai bangunan wajib yang perlu dilawati.
PARLIMEN MALAYSIA
Bangunan Parlimen Malaysia merupakan simbol demokrasi berparlimen serta perpaduan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Direka oleh Ivor Shipley sekitar 1962 dengan konsep modenis yang diilhamkan daripada kulit buah nanas yang merupakan tanaman penting di Malaysia pada ketika itu. Bagi melambangkan identiti negara, bangunan ini diukir di bahagian hadapan duit syiling Malaysia siri pertama yang juga dikenali sebagai “Siri Parlimen”. Bangunan Parlimen Malaysia yang tersergam indah ini terletak di Kuala Lumpur, mewakili kedua-dua perpaduan kerajaan persekutuan dan demokrasi berparlimen negara. Ditempatkan di Taman Tasik Perdana, bersebelahan Memorial Negara.
Ingin menambah koleksi Wafer Syiling Emas 999.9? Lawati laman web rasmi www.habibjewels.com untuk mengetahui lebih lanjut atau hubungi bilik pameran HABIB untuk mendapatkan bimbingan daripada perunding barang kemas kami. Anda juga boleh dapatkan koleksi rekaan yang lain di sini.