Raya lebih berseri dengan koleksi HABIB

Pagi Syawal sudah menjelma dengan suasana yang gembira, menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Setiap muslimin dan muslimat semestinya tidak sabar meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan semangat tinggi untuk membuat persiapan yang awal. Selain daripada persiapan mengemas rumah serta menyediakan makanan, menyediakan barangan kemas untuk dipadankan dengan baju raya juga amat penting pada Hari Raya nanti.

 

Koleksi Raya 2022 HABIB sempena kempen Rantaian Kasih memang menarik, seperti barangan kemas daripada koleksi Oro Italia 916, emas 916 tempatan, berlian dan tidak lupa juga batu permata yang boleh dipadankan bersama baju raya untuk menambahkan keceriaan pada pagi Syawal.

  

Padanan pelakon terkenal Malaysia, Anzalna Nasir dengan baju raya berona biru bersama rantai leher khas daripada koleksi Oro Italia 916. Koleksi terbaru ini lebih menawan apabila ianya disusun rapi apabila digayakan.

Koleksi rantai leher Oro Italia 916 

Sempena perayaan yang akan datang, gelang tangan koleksi Oro Italia 916 didatang dengan pelbagai reka bentuk yang berkilauan dengan ‘beads’ atau ‘high polished’. Setiap kemasan memberi impak yang unik bersama potongan berlian yang cukup teliti. 

     

Tidak ketinggalan, cincin dan subang daripada koleksi Oro Italia 916 juga menjadi pilihan hati ramai wanita. Reka bentuk menarik ini pasti memberi keanggunan apabila digayakan dengan pilihan baju raya anda minati. 

Buat ibu-ibu yang inginkan anak perempuan mereka berhiaskan cantik pada musim perayaan, HABIB juga menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk buat si cilik. Rantai tangan dan gelang tangan kanak-kanak Oro Italia 916, semestinya bertambah comel apabila digayakan pada hari lebaran nanti. 

Koleksi emas 916 juga didatang dalam pelbagai reka bentuk dan boleh didapati di HABIB. Rantai leher di bawah pasti bergaya lebih ranggi dan moden. Mesti menarik apabila dipadankan bersama rantai tangan dengan gabungan warna emas kuning dan putih. Kedua-duanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB.

Echa menggayakan koleksi emas 916 tempatan

Bagi yang berminat dengan barangan kemas berlian dan batu permata, reka bentuk yang memukau juga tersedia untuk dipilih dan digayakan pada Aidilfitri yang akan datang. Duta Raya HABIB, Erin Adlina memperagakan set berlian eksklusif Adore yang menawan diikat dengan emas putih 750/18K. 

Koleksi berlian eksklusif juga terdapat untuk gelang tangan, ia didatangkan dalam emas kuning,emas ros dan emas putih bersama set padanan cincin diikat dengan emas putih 750/18K. Pasti terserlah kejelitaan para wanita dihias dengan koleksi ini.

Duta Raya HABIB, Anzalna Nasir, Puan Azlina dan Erin Adlina memperagakan barang kemas berlian dan batu permata daripada koleksi HABIB.

Tidak lupa juga para jejaka di luar sana! Tampil segak bergaya dengan Butang Baju Melayu berlian dan batu permata HABIB. Pasti kacak bergaya padanan baju melayu dengan koleksi ini. 

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai koleksi Raya HABIB pada tahun 2022 dan barangan kemas daripada koleksi Oro Italia 916, emas 916 tempatan, berlian dan batu permata yang ditawarkan oleh HABIB. Mari singgah ke bilik pameran HABIB yang berdekatan atau lawati laman web rasmi HABIB di www.habibjewels.com untuk mengetahui lebih lanjut.