
Foto Kredit: @aydajebat Instagram
Dalam adat istiadat orang Melayu, terdapat beberapa peringkat majlis yang akan diadakan sebelum majlis perkahwinan seperti majlis merisik, bertunang dan pernikahan. Bagi majlis pernikahan, selepas selesai akad nikah pasangan akan bergambar bagi acara batal air sembahyang. Mengikut agama Islam, acara batal air sembahyang tidak diwajibkan, ia hanyalah adat bagi orang Melayu yang diamalkan dari zaman dahulu.
Acara batal air sembahyang
Acara membatalkan air sembahyang akan diadakan selepas selesai majlis akad nikah dan solat sunat oleh pengantin lelaki. Semasa acara ini dilakukan, pengantin lelaki akan bersentuhan dengan pengantin wanita seperti bersalaman, mencium dahi dan memakaikan barang kemas.
Foto Credit: Amirah Azizan @WillMyra (Twitter)
Barang Kemas
Dalam acara batal air sembahyang, terdapat pelbagai pilihan barang kemas yang boleh diberi semasa acara tersebut. Kebiasaanya seperti cincin, rantai leher dan rantai tangan. Gelang tangan kebiasaannya menjadi pilihan para pengantin dan kerana itu ia dipanggil “gelang batal air sembahyang”.
Koleksi Oro Italia 916 HABIB semestinya menjadi pilihan utama bagi pihak lelaki buat pengantin perempuan. Istimewa buat pengantin perempuan, rantai leher Oro Italia 916 dengan loket berbentuk hati yang menandakan cinta dan kasih sayang daripada pengantin lelaki. Manakala rantai tangan Oro Italia 916 yang minimalis lagi tampak manis ini pasti akan menarik hati pengantin perempuan.
Butiran halus menjadikan cincin daripada koleksi Oro Italia 916 ini unik sebagai cincin belah rotan moden. Lebih istimewa terdapat 'comfort fit' khas untuk keselesaan pengantin perempuan serta terdapat saiz yang berbeza.
Selain daripada itu, HABIB mempunyai koleksi berlian yang juga boleh dijadikan sebagai barang kemas batal air sembahyang. Cincin berlian diikat dengan 750/18K emas kuning, putih atau ros boleh digayakan seperti gayaan ‘stacking’. Terdapat potongan berlian yang berlainan saiz serta pilihan
Barang kemas koleksi batu permata terkini pasti cantik digayakan dengan baju pengantin yang diikat dengan 375/9K. Lebih menarik, apabila batu permata juga boleh ditempah mengikut kemahuan.
HABIB menampilkan pelbagai pilihan barang kemas yang sesuai dijadikan untuk acara batal air sembahyang. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi www.habibjewels.com atau hubungi bilik pameran HABIB untuk mendapatkan bimbingan daripada perunding barang kemas kami.