Barang kemas sebagai Hantaran

Apakah itu Hantaran?

Hantaran atau dikenali sebagai ‘Dowry’ dalam bahasa Inggeris merupakan pemberian dari pihak lelaki kepada pihak perempuan . Dalam budaya perkahwinan Melayu, terdapat beberapa jenis pemberian iaitu mas kahwin dan hantaran. Ada perbezaannya namun memegang konsep yang sama iaitu pemberian buat pihak wanita.

  
Sumber: The Hantaran by NJ

Mas Kahwin atau ‘Mahar’, menurut hukum Syara’ dalam Islam ialah pemberian wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu pernikahan mereka berlangsung. Isteri sahaja yang berhak sepenuhnya atas mahar yang diberikan.

Hantaran dibahagikan kepada dua aspek, Wang Hantaran dan Dulang Hantaran. Wang Hantaran merupakan sebentuk hadiah merupai wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga yang diberi kepada pihak keluarga perempuan sebagai wang tambahan untuk menguruskan majlis perkahwinan atau buat belanja selepas perkahwinan.

  
Sumber: The Hantaran by NJ

Dulang Hantaran Adat Melayu

Dulang Hantaran sudah menjadi simbolik dalam majlis merisik, pertunangan atau perkahwinan serta menjadi adat dan tradisi orang melayu sejak turun-temurun lagi. Pemberian dulang hantaran terdiri daripada barang kemas, pakaian, makanan, atau barang-barang yang lain mengikut citarasa pasangan masing-masing yang telah dipersetujui bersama. Mengikut tradisi Melayu, dulang hantaran harus di dalam bilangan yang ganjil. Pemilihan dulang hantaran hendaklah dipersetujui oleh kedua belah pihak dari aspek bilangan dan saiz dulang, konsep perkahwinan, tema warna, bajet dan barang hantaran.

Dulang hantaran buat majlis merisik biasanya merangkumi 1 atau 2 dulang, untuk pemberian cincin dan buah tangan buat pihak perempuan. Bagi majlis pertunangan pula, jumlah dulang hantaran juga dalam bilangan yang kecil, iaitu dalam lingkungan 3 dulang sahaja. Barangan yang diberi selalunya adalah cincin, makanan ataupun buahan. Manakala, bilangan dulang untuk majlis perkahwinan semestinya akan melebihi dari kedua majlis ini mengikut bilangan yang ganjil. Untuk majlis pertunangan dan perkahwinan, pihak perempuan harus balas dengan berikan 2 dulang lebih daripada pengantin lelaki. Sekiranya pihak lelaki beri 5 dulang, maka pihak perempuan harus membalas dengan 7 dulang.

Antara barang yang sering diberi sebagai hantaran perkahwinan adalah:

  1. Adat: Sireh junjung, Tepak sireh dan Bunga rampai.
  2. Islamik: Al-Quran, Sejadah dan Telekung.
  3. Aksesori:
    1. Pengantin lelaki: Cincin, butang baju melayu, tali pinggang, tali leher, kasut, jam tangan, dan juga eyewear.
    2. Pengantin perempuan: Barang kemas, kasut, beg dan juga jam tangan.
  4. Penjagaan Diri: Kosmetik, set penjagaan kulit dan set penjagaan badan.
  5. Pakaian
  6. Makanan
  7. Elektronik: Telefon pintar dan laptop.

Barang Kemas sebagai Hantaran

Dulang Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan biasanya terdiri daripada pakaian, kosmetik, kek serta sireh junjung yang bertata rias bersama barang kemas dan banyak lagi. Malah, barang kemas adalah salah satu barang wajib dalam hantaran yang menjadi idaman setiap wanita.

Koleksi barang kemas HABIB emas atau barangan bertatahkan berlian dan batu permata pasti menjadi pilihan pihak lelaki kepada pengantin perempuan untuk disusun cantik diatas pemberian dulang hantaran sama ada untuk majlis merisik, bertunang, serta sesi pembatalan air sembahyang sewaktu majlis pernikahan. Antaranya adalah cincin, rantai tangan, gelang tangan dan rantai leher.

  

  

Klik di sini untuk lebih lanjut

Manakala, dulang hantaran dari pihak perempuan buat lelaki biasanya terdiri daripada cincin, pakaian, makanan, aksesori dan banyak lagi. Oleh kerana lelaki muslim tidak dibenarkan untuk memakai emas, HABIB mempunyai koleksi cincin lelaki terdiri daripada perak, paladium dan titanium yang pasti mengikut citarasa setiap lelaki yang bakal bergelar suami. Selain daripada itu, koleksi butang baju melayu HABIB yang bertatahkan batu permata, juga sesuai untuk menjadi hadiah hantaran atau dipadankan dengan baju melayu nikah pengantin lelaki.

Klik untuk melihat koleksi cincin lelaki dan butang baju melayu di HABIB

Gold Wafer’ atau ‘Gold Bar’ juga boleh dijadikan sebagai barang hantaran yang pasti menjadi penyimpan nilai terbaik dan pelaburan dalam perkahwinan dua mempelai.

Klik untuk melihat koleksi gold bar dan gold wafer di HABIB