4 Cara Penggayaan Cincin Perkahwinan

Cincin kahwin adalah bukti penyatuan dua hati. Ia juga dianggap sebagai sebuah perjanjian untuk menjalani kehidupan bersama. Kebiasaanya pengantin perempuan akan menerima dua atau tiga bentuk cincin daripada pengantin lelaki iaitu cincin merisik, tunang dan nikah.

Bila terlalu banyak cincin yang diterima sudah tentu kita akan berasa keliru sehingga tidak tahu bagaimana untuk menggayakan cincin tersebut. Jangan khuatir HABIB kongsikan idea bersama anda bagaimana untuk mengayakannya.  

Gayakan cincin ‘solitaire’ dengan cincin ‘eternity’ di jari manis. Padanan kedua-dua cincin ini amat digemari pengantin perempuan masa kini.  
  

Gaya 1: Cincin Pernikahan Di Atas
Pilihan pertama adalah memakainya secara tradisional iaitu di jari manis sebelah kanan  anda. Susunan pemakaian cincin ini mengikut urutan bila anda menerima cincin tersebut. Ini bermaksud cincin tunang berada di bawah, dan cincin nikah di atas. Ini adalah cara tradisional memakai cincin.


Gaya 2: Cincin Pertunangan Di Atas
Sesuai dengan tradisi, anda boleh memakai kedua cincin di tangan kanan di jari manis, tetapi dengan cincin pertunangan di atas. Ada yang memilih untuk memakai dengan cara ini kerana alasan sentimental. Mereka merasakan bahawa memakai cincin pernikahan di bahagian bawah menjadikannya lebih dekat ke hati.  


Gaya 3: Pakai Pada Jari  Kedua Belah Tangan
Ini bermaksud memakai cincin pertunangan pada jari sebelah kiri dan cincin pernikahan pada jari manis sebelah kanan. Cara pengayaan cincin ini kelihatan lebih moden. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai jari pendek, yang tidak suka mempunyai begitu banyak cincin pada satu jari. Cara pengayaan ini sesuai bagi anda yang memiliki saiz cincin besar dan rekaannya tidak sesuai untuk dipakai atau digabungkan dengan cincin lain. Ia kelihatan lebih cantik bila dipakai secara sendirian.  


Gaya 4: Memakainya Secara Selang Seli
Kebanyakan wanita akan memakai kedua-dua cincin tunang dan nikah. Tetapi ada juga dikalangan wanita yang memilih untuk tidak memakai kedua-duanya pada waktu yang sama. Ini mungkin kerana bagi mereka salah satu cincin tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga dan hanya memakainya pada acara istimewa sahaja. Selain itu mungkin kerana dua cincin terlalu banyak untuk sesetengah wanita dan hanya memakai satu demi satu lebih mudah. 

 

Tip Memilih Cincin Perkahwinan

1.Pilih Rekaan yang Menarik
Pilih rekaan cincin yang menepati citarasa anda seawal tiga ke empat bulan sebelum tarikh pernikahan. Ini membolehkan melakukan sebarang servis tambahan, seperti ubah saiz dan mengukir nama pada cincin. Ini juga dapat dielakkan daripada membuat pilihan secara tergesa-gesa untuk disiapkan sebelum berlangsungnya perkahwinan. Bagi yang menginginkan cincin perkahwinan mengikut rekaan tersendiri, HABIB sedia menerima tempahan dan memenuhi keinginan bakal pengantin.   

2.Mengatur Bajet
Rancang bajet anda sebaiknya bagi mengelakkan sebarang masalah. Pembelian cincin haruslah mengikut kemampuan dan bajet yang telah dirancangkan dari awal. Perbincangan harus dibuat dengan pasangan anda sebelum anda membuat keputusan. Bakal pengantin juga disarankan untuk menetapkan bajet tersebut sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan sebelum perkahwinan untuk persediaan kewangan yang mencukupi. 

3.Pilih Rekaan yang Ringkas dan Selesa
Utamakan keselesaan. Pilih rekaan yang menarik, ringkas dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Bakal pengantin disarankan untuk mencuba cincin pilihan dalam keadaan tenang dengan suhu badan yang normal. Ini kerana saiz jari boleh berubah akibat perubahan suhu badan, emosi dan sebagainya. Cincin yang dipilih mestilah sesuai dengan jari dan selesa, jangan terlalu ketat dan jangan pula terlalu longgar yang boleh menyebabkan cincin meluncur jatuh.  

4. Alahan dengan emas kuning
Jika anda mempunyai alahan dengan bahan buatan cincin seperti emas kuning, nikel dan lain-lain. Jangan risau, di HABIB kami mempunyai pilihan untuk anda mengatasi masalah alahan. Anda boleh memilih cincin yang diperbuat daripada palladium.

Antara koleksi HABIB...


Klik untuk melihat lebih pilihan menarik…