Majlis Pelancaran Kempen Zakat Emas

“Adakah emas yang disimpan dan emas perhiasan yang dipakai perlu dibayar zakat?” Ini adalah antara persoalan yang banyak kami terima dalam kalangan para pelanggan HABIB. Baru-baru ini, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) dan usaha bersama HABIB melancarkan Kempen Zakat Emas. Pelancaran ini merupakan kerjasama strategik yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang berzakat melalui pendekatan holistik dan HABIB sebagai rakan sinergi membantu dalam hebahan Zakat Emas.

"Pengiktirafkan Rakan Sinergi – Yang Bahagia Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP dan Encik Zaruddin Mahmud (kiri) Pengurus Besar Kanan, Jualan Pemasaran HABIB sesi penyerahan plak bagi Kerjasama kempen ini.

Majlis dihadiri oleh, dari kiri Encik Zaruddin Mahmud (Pengurus Besar Kanan Jualan & Pemasaran HABIB), Datin Sri Zarida Noordin (Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB), Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman (Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP) dan Encik Mohammed Hassan (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP)

Dato' Sri Meer Habib Pengerusi Eksekutif, Kumpulan HABIB bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Bagi memastikan kerjasama yang berterusan, beberapa program dan kempen akan dilaksanakan antaranya:

  1. Kempen Zakat Emas bertujuan untuk meningkatkan kesedaran menunaikan zakat emas kepada masyarakat. HABIB merupakan syarikat barangan kemas pertama yang dipilih oleh PPZ-MAIWP bagi menjayakan kempen ini. Mengangkat tema ‘Permata Firdausi’, kempen ini menawarkan pelbagai hadiah istimewa berupa baucar tunai HABIB bernilai sehingga RM10,000 dan 10 syiling wafer emas 999.9 edisi terhad HABIB untuk pembayar bertuah yang menunaikan zakat emas di PPZ-MAIWP bermula 1 hingga 30 September 2022. Sepanjang kempen berlangsung PPZ-MAIWP turut mempromosikan barangan kemas jenama HABIB di kalangan pembayar PPZ-MAIWP.
     

  2. Beberapa siri Program Bual Bicara Santai bersama para pelanggan HABIB dan pembayar zakat PPZ-MAIWP turut diadakan bagi sesi perkongsian ilmu mengenai topik-topik yang menarik. Antara perkhidmatan tambahan, PPZ-MAIWP turut menyediakan konsultasi secara personal kepada para pelanggan HABIB dalam taksiran dan bayaran zakat, pakej wakalah, agihan zakat dan pada masa yang sama pembayar PPZ-MAIWP turut didedahkan dengan promosi semasa barangan kemas HABIB.
     

  3. PPZ-MAIWP turut menawarkan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) kepada pelanggan HABIB yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Sekiranya berlaku kematian kepada pembayar, waris boleh menuntut wang khairat kematian sehingga RM3,000. 
     

  4. Pihak PPZ-MAIWP dan HABIB akan saling berkongsi maklumat, pengetahuan dan kepakaran dalam mewujudkan serta menjalankan tanggungjawab sosial ke arah mendidik masyarakat Islam tentang kepentingan menunaikan zakat. 
     

Adakah anda ingin tahu cara pengiraan dan ingin menunaikan zakat emas anda secara atas talian? Sila klik disini. Ataupun anda ingin mahu bertemu dengan pegawai zakat bertauliah PPZ-MAIWP secara maya? Sila klik disini untuk tetapkan temujanji anda.


Untuk yang berminat barangan kemas HABIB, anda boleh lawati laman web rasmi www.habibjewels.com untuk mengetahui lebih lanjut atau hubungi bilik pameran HABIB untuk mendapatkan bimbingan daripada perunding barang kemas kami.